Tuesday, November 29, 2011

Hidup Yang Bermakna

Posted by Mohd Daharudin Haji Daud On 8:45 PM No comments


Kita tak tahu bila kita akan mati. Nyawa ini bukan macam siang dan malam. Kita tahu bila akan malam dan kita tahu bila akan siang. Dengan pengetahuan itu, kita mudah merancang. Bangun pagi, solat subuh, bekerja, luangkan masa dengan kawan, berehat dan tidur.

Kita tak tahu bila kita akan mati sebab tiada pengetahuan tentang itu. Maka kita hidup dengan menduga-duga. Apa perlu kita buat sekarang? Apa perlu kita buat esok? Apa perlu kita buat untuk perbaiki kesilapan semalam?

Kalau kita tahu kita ada exam minggu depan, kita akan bersedia. Kita study, hafal, buat group discussion dan macam-macam lagi. Sebab apa kita buat semua perkara tu? Sebab kita nak bersedia masa exam. Kita nak cemerlang.

Mati pun lebih kurang exam juga. Cuma, kita tak tahu bila kita akan diuji. Jika kita rujuk balik intro yang saya tulis, sebab kita tidak tahu bila kita akan mati, kita hidup dengan menduga-duga.

Bagaimana hidup yang dikatakan 'hidup dengan menduga-duga'? Hidup mereka yang menduga-duga ialah hidup yang mereka rasa baik pada akal mereka, tanpa disokong oleh pandangan Islam. Perlu kita ingat, akal kita boleh tersesat dan tertipu, tapi, Islam itu sudah pasti dan sudah lengkap. Jadi, dengan panduan Islam, hidup kita adalah hidup yang pasti, hidup yang sangat-sangat bermakna. Asas hidup kita adalah asas yang kukuh, bukan asas yang angan-angan.

Dengan itu, perlu kita ingat, tanpa panduan yang betul, hidup kita ibarat hidup tanpa hala tuju. Dengan kata lain, kita tidak akan sampai ke akhirat dengan berjaya.

Untuk jadikan hidup kita berada dalam jalan yang betul, perkara pertama perlu kita tetapkan dalam hati ialah matlamat akhir kita. Naik pangkat, dapat degree, kahwin; itu semua boleh jadi matlamat akhir kita. Tapi, itu semua hanya untuk kehidupan kita di dunia. Bagi yang yakin dengan adanya kehidupan di akhirat, matlamat akhir bukanlah pencapaian di dunia, tapi bahagia di akhirat.

Jadi, kita perlu manfaatkan setiap saat di dunia, supaya bila kita mati kita dah bersedia. Kita boleh lulus dengan cemerlang. Setiap saat kita di dunia, adalah saat yang taat kepada Allah. Saat yang ingat kepada Allah. Jadikan kehidupan kita bermakna.

Kesimpulan

1. Untuk berada pada jalan yang betul di dunia ini, kita mesti yakin bahawa kehidupan akhirat menanti kita.

2. Usahalah, agar setiap saat kita adalah saat yang bermanfaat.

0 Comments:

Post a Comment

Page Mohd Daharudin Haji Daud
×
_

Anda boleh menulis mesej atau pesanan di sini & jangan lupa like page saya... Terima kasih.